Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

268) KILANG KITAR SEMULA SISA PLASTIK DI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah dan secara terperinci seperti lokasi kilang-kilang kitar semula sisa plastik di Selangor.

    Secara keseluruhannya, terdapat 332 buah kilang kitar semula sisa plastik di Negeri Selangor dan pecahan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan seperti berikut (perincian alamat seperti di Lampiran):

  2. Adakah kilang-kilang tersebut juga memproses plastik import?

    Daripada keseluruhan 332 buah kilang kitar semula sisa plastik di Negeri Selangor, sebanyak 42 buah kilang adalah pemegang Lesen Import (AP) Sisa Plastik HS 39.15 B di Negeri Selangor bagi tahun 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa dan Pepejal Negara (JPSPN). Kilang yang mempunyai AP ini dibenarkan untuk mengimport sisa plastik dan perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JPSPN dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Data ini diperolehi daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan senarai pemegang AP seperti berikut:

  3. Nyatakan tindakan mahkamah yang telah diambil terhadap kilang yang tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling sejak tahun 2019.

    Premis atau kilang kitar semula plastik merupakan salah satu Aktiviti Yang Ditetapkan di bawah Jadual Pertama, Aktiviti 14(b) – Pengolahan dan pelupusan buangan, (sisa pepejal – pembinaan loji pulih guna atau loji kitar semula), Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Aktiviti tersebut memerlukan kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dilaksanakan terlebih dahulu sebelum aktiviti tersebut dimulakan.

    Dalam hal ini, kebanyakan kilang kitar semula plastik yang telah diambil tindakan mahkamah adalah disebabkan tidak mempunyai kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dan lain-lain kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan lain yang berkaitan seperti Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

    Berikut adalah tindakan mahkamah yang telah diambil ke atas kilang-kilang plastik yang tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dari tahun 2019 sehingga 2022 seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.