Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
256) SEHAT SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bilangan pengguna SEHAT Selangor.
Berdasarkan data dari Selangkah, jumlah pengguna SEHAT adalah 87877 orang dari September 2021 sehingga 28 Februari 2023. Berdasarkan pecahan dan tren, majoriti pengguna adalah di kalangan belia dewasa dan dewasa manakala segi komposisi jantina dan kaum adalah seimbang. Taburan umur, jantina dan kaum adalah seperti berikut:
-
Berapakah orang pengguna yang perlu dirujuk ke pakar kesihatan mental swasta?
Sejumlah 200 pengguna telah berdaftar untuk program subsidi intervensi psikiatri. Sebanyak 68 pengguna sedang menunggu tarikh temujanji dengan doktor di SELCARE untuk saringan seterusnya sebelum dirujuk kepada pakar psikiatri jika layak. Selebihnya 132 pengguna telah disaring dan dirujuk kepada pakar psikiatri untuk intervensi lanjut. Mereka sedang menerima rawatan di bawah pakar psikiatri.
-
Selepas habis menggunakan subsidi, berapakah orang pengguna yang perlu rawatan lanjut di hospital kerajaan?
Setakat ini, semua pesakit masih lagi di bawah rawatan pakar psikiatri. Pemilihan kes adalah kes yang ringan dan sederhana sahaja. Oleh yang demikian, pesakit hanya memerlukan beberapa sesi sahaja bersama pakar bagi tujuan diagnosis dan rawatan awal. Setelah rawatan oleh pakar psikiatri selesai, pengguna akan dirujuk kepada klinik SELCARE untuk rawatan susulan.