Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
253) HUTAN SIMPAN DI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan peratus hutan simpan bagi mencapai sasaran 35%? Apakah jangka masa yang diperlukan?
Kerajaan Negeri Selangor adalah sentiasa komited untuk meningkatkan peratusan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri Selangor sepertimana yang telah digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) pada tahun 2022. Sehingga kini, keluasan HSK di negeri Selangor adalah berjumlah 250,250.33 hektar atau bersamaan 31.6 peratus daripada keluasan tanah negeri. Di antara usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan jumlah keluasan HSK ini adalah seperti berikut:-
- Mengenalpasti mana-mana kawasan hutan yang berstatus tanah kerajaan, tanah rizab dan tanah berimilik yang berpotensi untuk diwartakan sebagai HSK;
- Menguatkuasakan kaedah penyiasatan awam bagi mana-mana kawasan HSK yang ingin dinyahwarta;dan
- Mengenakan syarat untuk penggantian kawasan yang lebih setara bagi mana-mana kawasan HSK yang diyahwarta dan proses ini perlu dilaksana secara serentak.
-
Apakah status pewartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU)?
Pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara seluas 486.07 hektar (1,201.10 ekar) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui MMKN pada April 2022 yang lalu. Proses pewartaan semula HSKLU ini telah dilaksanakan di mana status terkini adalah di peringkat penyediaan Pelan Warta oleh Jabatan Ukur dan Pemetaaan (JUPEM) Negeri Selangor.