Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

250) KILANG KITAR SEMULA SISA ELEKTRONIK (E-WASTE) DI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah dan secara terperinci seperti lokasi kilang-kilang kitar semula E-waste di Selangor.

    E-waste dikategorikan sebagai buangan terjadual dengan kod SW110 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar. E-waste merupakan barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi atau lama/usang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan pendingin hawa.

    Terdapat 18 kemudahan pulihguna separa sisa elektrik dan elektronik (partial e-waste recovery facility) dan lapan (8) kemudahan pulihguna penuh sisa elekrik dan elektronik (fully e-waste recovery facility) yang telah dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor seperti berikut:

    i. Pemerolehan Kembali Separa Sisa Elektrik Dan Elektronik

    ii. Pemerolehan Kembali Penuh Sisa Elektrik Dan Elektronik

  2. Nyatakan tindakan yang telah diambil terhadap kilang E-waste yang beroperasi secara haram di Selangor serta jumlahnya sejak tahun 2019.

    Kilang kitar semula e-waste merupakan salah satu Aktiviti Yang Ditetapkan di bawah Jadual Pertama, Aktiviti 14(a) – Pengolahan Dan Pelupusan Buangan, (Buangan Terjadual – Pembinaan Loji Pulih Guna – Luar Tapak), Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Aktiviti tersebut memerlukan kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dilaksanakan terlebih dahulu sebelum aktiviti tersebut dimulakan.

    Dalam hal ini, kebanyakan kilang e-waste yang beroperasi secara haram di Selangor telah diambil tindakan mahkamah di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana tidak mempunyai kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor atau di bawah Seksyen 34(B), larangan terhadap penempatan, peletakan dan sebagainya buangan terjadual, Akta yang sama.

    Berikut adalah tindakan mahkamah yang telah diambil oleh JAS Selangor ke atas kilang-kilang e-waste yang beroperasi secara haram di Selangor dari tahun 2019:

  3. Adakah semua kilang E-waste mengemukakan laporan EIA mereka?

    Susulan daripada arahan Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat pada 21 Januari 2022, semua kemudahan pulihguna separa dan penuh sisa elektrik dan elektronik yang baharu adalah tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 dan dikehendaki mengemukakan Laporan EIA kepada Jabatan Alam Sekitar untuk pertimbangan kelulusan. Ini adalah susulan daripada kes-kes kilang yang menjalankan operasi pengumpulan dan peleraian komponen-komponen e-waste tanpa kebenaran sehingga berlakunya pencemaran bahan-bahan terbuang.

    Sebelum arahan ini dikeluarkan, tiada keperluan untuk kemudahan pulihguna separa sisa elektrik dan elektronik mendapatkan kelulusan bagi laporan EIA.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.