Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

248) BANTUAN BUAT WARGA EMAS

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan bantuan seperti Bingkas ini juga dibuka ruang pendaftaran kepada warga emas yang tidak mempunyai anak / keluarga?

    Matlamat pelaksanaan program BINGKAS ialah membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan yang terkesan terutama yang berpendapatan rendah bagi menampung dan memenuhi keperluan asas kehidupan demi menjaga kebajikan rakyat Negeri Selangor yang memenuhi syarat antaranya:-

    1. Warganegara Malaysia;
    2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
    3. Pemilih berdaftar di Selangor;
    4. Ketua isi rumah yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun; dan
    5. Berpendapatan isi rumah RM3,000.00 sebulan dan kebawah.

    Sehubungan itu, warga emas yang memenuhi kriteria di atas layak untuk memohon dalam program BINGKAS.

  2. Apakah terdapatnya mana-mana bantuan (selain SMUE) untuk warga emas yang tidak berpendapatan dan tidak mempunyai anak?

    Antara inisiatif Kerajaan Negeri yang boleh dimanfaatkan oleh warga emas ialah Jom Shopping Perayaan. Selain itu, warga emas boleh menikmati manfaat yang lain termasuklah kemudahan dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan lain-lain program yang layak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.