Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
243) JELAJAH KITA SELANGOR PENYAYANG
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah peruntukan Jelajah Kita Selangor Penyayang.
Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat Semenyih, Program Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) ini merupakan penjenamaan yang baharu iaitu dahulunya adalah program Jelajah Selangor Penyayang. Program JKSP diteruskan pada tahun ini memandangkan sambutan yang diterima oleh rakyat terhadap program-program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) sangat menggalakkan dan memberansangkan.
Pada tahun ini sebanyak RM4,614,000.00 (Ringgit Malaysia : Empat Juta Enam Ratus Empat Belas Ribu Sahaja) telah diperuntukkan bagi tujuan pelaksanaan JKSP Fasa 1 di sembilan (9) buah daerah, selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 4/2023 yang diadakan pada 17 Februari 2023 dan telah disahkan oleh Mesyuarat MMKN Ke 5/2023 pada 24 Februari 2023.
Peruntukan yang telah diluluskan ini adalah merangkumi penyediaan kelengkapan logistik khemah utama, khemah pameran, khemah saringan kesihatan, penyediaan acara sampingan yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah, cetakan hebahan, promosi, penyediaan montaj serta hebahan melalui saluran media utama seperti di rangkaian televisyen dan lain-lain.
-
Apakah inisiatif - inisiatif yang diterangkan di dalam jelajah tersebut yang memberi manfaat kepada rakyat Selangor?
Pada tahun ini, Program JKSP Fasa 1 telah mula dilaksanakan pada 17 Februari 2023 di Klang dan dijangka berakhir pada 19 Mac 2023 di Sabak Bernam dengan konsep yang berbeza dan berskala lebih kecil serta lokasi tumpuan adalah di kawasan yang mempunyai penduduk dari kategori B40 agar maklumat dan manfaat program ISP ini dapat disampaikan kepada golongan di peringkat akar umbi yang meliputi semua golongan masyarakat.
Sebanyak 44 program ISP akan dipamerkan sebagai medium yang menghubungkan antara agensi pelaksana dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat dan informasi mengenai program inisiatif dan manfaat yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan satu (1) Program ISP tambahan yang memberikan perkhidmatan penjualan barangan asas yang menawarkan harga lebih rendah dari pasaran iaitu Jualan Ehsan Rakyat (JER). 45 program ISP dikategorikan kepada 6 kluster utama seperti berikut:-