Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

241) PENJUALAN ASET NEGERI

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini penjualan aset Kerajaan Negeri yang telah dijual sejak tahun 2018 sehingga 2022.

    Pendekatan pembangunan MBI adalah melalui pembangunan secara bersama-sama dengan pemaju yang dilantik. Hasil pulangan daripada pembangunan ini disalurkan semula melalui program CSR MBI Selangor.

  2. Apakah pendirian Kerajaan Negeri untuk meluluskan penjualan aset tersebut jika ada?

    Kerajaan Negeri adalah merupakan pemilik mutlak ke atas segala aset-aset yang dimilikinya dan akan sentiasa memastikan aset-aset yang dimilikinya mampu menjana pulangan pada kadar yang optimum bagi mengukuhkan status Selangor sebagai pusat pertumbuhan ekonomi dan destinasi utama bagi palaburan berkualiti di dalam Malaysia dan di rantau Asia. Berikutan itu, sebarang kelulusan berhubung aset-aset milikan Kerajaan Negeri adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard yang digunapakai dan berkuatkuasa di peringkat Kerajaan Negeri pada masa kini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.