Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

240) TAHAP KEPUASAN RAKYAT TERDAPAT PBT

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tahap kepuasan rakyat terhadap PBT-PBT di Selangor (yang diukur oleh pihak ketiga / pihak bebas) untuk 10 tahun yang lepas?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan Penilaian (Tracking Study) Untuk Menambah baik Prestasi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor pada Tahun 2015 melalui Merdeka Centre For Opinion Research. Secara umumnya hasil kajian tersebut menunjukkan prestasi PBT di Negeri Selangor pada tahap yang memuaskan. Namun melalui analisis tersebut beberapa perkara perlu diberi penekanan oleh pihak PBT dalam penambahbaikan infarastruktur awam dan sistem perparitan secara berkala yang dilihat kurang memuaskan oleh penduduk awam.

    Kini, Kerajaan Negeri akan melaksanakan Kaji Selidik Penilaian (Tracking Study) Untuk Penambahbaikan Prestasi PBT Negeri Selangor 2023 bagi melihat perubahan arah aliran (trend) yang berlaku berkenaan dengan prestasi dan tahap kepuasan umum terhadap perkhidmatan PBT Negeri Selangor berasaskan dapatan kajian sebelum ini dalam aspek kesedaran rakyat terhadap tahap perkhidmatan dan kekerapan aktiviti perkhidmatan. Penekanan juga diberikan kepada pengukuran penilaian masa hadapan terhadap penambahbaikan perkhidmatan.

    Selain itu, kajian 2023 ini akan mengukur dari segi tahap pendigitalan perkhidmatan PBT dalam program SMART Selangor dengan penekanan khusus kepada kesedaran terhadap perkhidmatan Agensi Kerajaan secara elektronik seperti e-parking, e-bayar, e-aduan, e-bill dan lain-lain. Kajian juga akan menilai tahap penggunaan perkhidmatan secara elektronik iaitu kekerapan muat turun aplikasi dan frekuensi penggunaan oleh penduduk di PBT Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.