Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
220) BANJIR TAMAN DELIMA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan susulan terhadap pemaju MEX 2 yang pembangunan mereka menyebabkan insiden banjir di kawasan tersebut kerap dan berulang?
Majlis Perbandaran Sepang telah mengarahkan pihak MEX2 untuk membuat penyelenggaraan berkala terutamanya kolam takungan bagi mengelakkan limpahan air ke kawasan berhampiran dengan jajaran MEX2
Tindakan terhadap pembangunan MEX2 adalah seperti berikut;
- Notis Arahan Berhenti kerja telah dikeluarkan kepada Kontraktor MEX2, Spring Energy Sdn Bhd, pada tarikh 21hb MAC 2017 (Seperti dilampiran)
- Notis Arahan Berhenti kerja telah dikeluarkan kepada Kontraktor MEX2, Spring Energy Sdn Bhd, pada tarikh 26hb September 2017 (Seperti dilampiran)
- Notis Arahan Berhenti kerja telah dikeluarkan kepada Kontraktor MEX2, Spring Energy Sdn Bhd, pada tarikh 23hb Oktober 2017 (Seperti dilampiran)
- Aduan yang diterima telah dipanjangkan kepada pihak Maju Holding Berhad pada 10hb Januari 2022.(Seperti dilampiran)
-
Adakah terdapat penyelarasan antara pihak Kerajaan Negeri dengan pusat berkenaan isu ini? Jika ya, apakah bentuknya?
Mesyuarat penyelarasan MPSepang bersama Jabatan Pengairan Saliran (JPS) , Pejabat Daerah Sepang (PTD), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta Syarikat Konsesi MEX2 telah dilaksanakan pada tarikh 28 April 2022.
Susulan daripada mesyuarat tersebut Pihak MPSepang telah membina longkang pada tahun 2022 di Taman Delima dengan kos RM 168 ribu dan pada tahun 2023 pihak majlis akan membina longkang di Taman Intan dengan anggaran kos RM 280 ribu. Disamping itu, Pihak JKR perlu menaiktaraf ‘Crosing Culvert’ di Jalan FT 31 di lokasi tersebut.