Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

219) PENGGANTIAN PAIP LEMBAH JAYA

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah putus bekalan air disebabkan paip pecah sering dialami. Apakah jadual penggantian paip air di kawasan Lembah Jaya?

    Pada tahun 2023, Air Selangor akan memulakan projek penggantian paip sepanjang 7.7 kilometer di Kawasan DUN Lembah Jaya.

    Bagi kerja-kerja penggantian paip sepanjang:

    • 74 km di Jalan Tasik Tambahan 1, Kampung Tasik Tambahan,
    • 14km di Jalan ¼, Taman TAR,
    • 35 km di antara No 33 & 35, Jalan 1/2, Ampang Tasik, Kampung Tasik Tambahan, dan
    • 3km Jalan Indah 6, Kampung Indah Permai,

    Penganugerahan tender telah dijalankan pada 20 Disember 2021. Bagaimanapun, pembinaan masih tidak dapat dimulakan dan ia masih dalam proses permohonan kelulusan permit.

    Manakala, bagi kerja-kerja penggantian paip sepanjang:

    • 99km di Jalan 1, Taman TAR,
    • 59km di Lorong Ikan Emas 8/26a, Ampang Campuran,
    • 51km di Jalan Susur, Ampang Campuran, dan
    • 1km di Jalan Ampang Indah, Kampung Indah Permai,

    Penganugerahan tender telah dijalankan pada 18 Januari 2023. Kerja pembinaan akan bermula selepas mendapat kelulusan permohonan permit.

Lampiran

Tiada Lampiran.