Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

213) INSINERATOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri akan menyemak semula rancangan untuk membina insinerator dari segi kos yang tinggi untuk bangunan dan penyelenggaraannya dan juga perubahan iklim?

    Kerajaan Negeri sedang membangunkan pelan induk jangka masa panjang bagi pengurusan pelupusan sisa pepejal iaitu Pelan Induk Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor (PISPPANS) yang bukan sahaja mampu menangani isu masalah kekurangan tanah yang sesuai untuk membina tapak pelupusan yang baru malah pelan tersebut juga dijangka akan menangani isu-isu peningkatan pelepasan gas rumah kaca.

    Dalam hal ini, Kerajaan Negeri telah merancang pembangunan Integrated Solid Waste Management Centre (ISWMC) di beberapa lokasi di negeri Selangor yang akan dilengkapi dengan fasiliti-fasiliti moden pengurusan pelupusan sampah seperti loji waste-to-energy (WTE), material recovery facility, loji kompos, loji pencernaan anaerobics dan loji pemprosesan sisa pembinaan.

    Pelaksanaan projek pembangunan ini juga dilihat adalah sebagai suatu solusi tuntas dan lebih mampan terhadap isu pelupusan sampah selain dari mengatasi masalah tapak pelupusan yang semakin penuh.

    Bagi kos pembangunan fasiliti-fasiliti berkenaan, akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju yang dilantik melalui kaedah Private Finance Initiative (PFI) manakala pihak Kerajaan Negeri hanya akan menyediakan tanah untuk dipajak untuk pelaksanaan projek ISWMC tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.