Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

209) POLA HUJAN DAN BANJIR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah purata harian dan pola hujan median pada tahun 2022, 2021 dan 2020?

    Dalam memastikan pelaksanaan skop kerja pemantauan, ramalan dan amaran banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) mempunyai stesen hidrologi di seluruh Negeri Selangor. Stesen hidrologi utama terdiri daripada Stesen Telemetri (hujan dan aras air), Siren, Internet Protocol (IP) Camera dan Rangkaian Hidrologi National (RHN). Bagi mendapatkan data-data taburan hujan dan aras air, stesen telemetri hujan dan aras air telah dibina di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh daerah di Negeri Selangor. Sehingga kini, terdapat 143 stesen telemetri hujan dan 76 stesen aras air.

    Rekod dan data taburan hujan dan aras air ini dipaparkan di laman sesawang (website) Infobanjir Selangor secara terus (real time) bagi membantu Jabatan/ Agensi berkaitan di Negeri Selangor untuk mengendalikan operasi, gerakan dan pengawasan banjir dengan lebih cepat, sistematik & efisen.

    Stesen Telemetri Hujan merupakan komponen penting dalam pemantauan dan ramalan banjir. Data taburan hujan yang diperolehi akan disimpan dan dipaparkan secara atas talian (online) menerusi sistem telemetri. Sistem ini juga diprogramkan untuk memberi amaran/ notifikasi sekiranya taburan hujan mencapai tahap lebat dan sangat lebat mengikut indikator julat keamatan hujan yang telah ditetapkan iaitu julat 30-60 mm dalam masa satu jam dikategorikan sebagai ‘lebat’ manakala julat bacaan melebihi 60mm dalam masa satu jam dikategorikan sebagai ‘sangat lebat’.

    Purata taburan hujan dikira berdasarkan rekod taburan hujan yang diperolehi daripada 143 stesen telemetri hujan yang terdapat di Negeri Selangor. Berdasarkan rekod, purata taburan hujan Negeri Selangor adalah sebagaimana jadual berikut:-

    Rajah 1 di atas menunjukkan Purata Jumlah Hujan di Negeri Selangor pada tahun 2020, 2021, dan 2022, berbanding Purata Hujan Jangka Panjang di Negeri Selangor. Secara klimatologi, Negeri Selangor mengalami tempoh kering pada Februari dan Jun, manakala tempoh lembap pada bulan April dan November.

    Rajah 1 juga menunjukkan, secara purata tempoh kering telah berlaku pada bulan Februari dan Jun-Ogos, manakala tempoh lembap pada bulan April dan November bagi tempoh tiga tahun tersebut.

  2. Berapakah bilangan sungai di Selangor direkodkan tahap bahaya sejak 2020 dan berapa kerapkah sungai-sungai tersebut mencapai tahap bahaya?

    Stesen Telemetri Aras Air pula merupakan instrumen yang digunakan untuk mengutip data aras air bagi tujuan analisis, pemantauan dan ramalan banjir. Setiap stesen aras air telah diberikan petanda aras untuk tiga (3) peringkat iaitu aras waspada (alert level), aras amaran (warning level) dan aras bahaya (danger level). Berdasarkan rekod, sejak tahun 2020 sehingga kini (Februari 2023), terdapat 39 sungai di seluruh Negeri Selangor pernah mencatatkan tahap bahaya. Sungai yang pernah merekodkan aras bahaya mengikut tahun adalah seperti berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.