Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

207) TABUNG INFAQ AMAL JARIAH UMAT ISLAM SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah objektif penubuhan dan peranan yang dimainkan oleh Tabung Infaq Amal Jariah Umat Islam Selangor?

    Objektif penubuhan dan peranan yang dimainkan oleh Tabung Infaq Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) adalah untuk mengumpul dana khas umat Islam bagi memajukan agama Islam, faedah, kepentingan, pemerdayaan dan pembangunan umat Islam di Negeri Selangor.

  2. Pihak manakah yang menjadi pemegang taruh menjalankan urusan mengenainya?

    Pihak pemegang taruh bagi TIJARI ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan dikawal selia oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pengarah JAIS, wakil silih ganti D.Y.M.M. Sultan Selangor (Tengku Sri Wangsa Diraja YAD Tengku Dato’ Setia Ramli Alhaj Bin Tengku Shahruddin Shah Alhaj dan Prof. Adjung Dato’ Setia Salehuddin Saidin, Ahli Dewan Diraja Selangor), Setiausaha MAIS, Mufti Negeri Selangor, Ketua Hakim Syarie Selangor, Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Ketua Pegawai Eksekuti Lembaga Zakat Selangor, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor, seorang wakil pegawai hal ehwal Islam, seorang pimpinan masjid dan seorang wakil NGO Islam serta turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Operasi) JAIS dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAIS.

  3. Dari manakah sumber perolehan dana dan ke manakah penyalurannya serta berapa banyak pihak telah beroleh manfaat?

    Dana awam TIJARI diperolehi dari:

    1. Infak dan sumbangan awam
    2. Pungutan khairat
    3. Sumbangan tahunan masjid dan surau
    4. Sumbangan sektor swasta/ yayasan/ pertubuhan/ badan berkanun tempatan atau antarabangsa
    5. Sumber hasil sewaan ke atas aset dan tanah/ strata
    6. Sumber hasil yang dikenaskan dengan cara yang lain ke atas aset dan tanah/ strata
    7. Pelaburan
    8. Potongan gaji daripada pegawai awam atau swasta; dan
    9. Terimaan daripada lain-lain agensi termasuk kerajaan atau swasta yang mahu menymbang dan diluluskan oleh Jawatankuasa Tabung.

    Penyaluran dana TIJARI boleh dimanfaatkan tujuan antaranya seperti tersebut :

    1. Pengurusan Dan Pentadbiran Hal Ehwal Islam
    2. Pengukuhan Akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah
    3. Pemerkasaan Syiar Dan Keagungan Islam
    4. Permantapan Ilmu
    5. Pengukuhan Sistem Pendidikan Islam
    6. Pemerkasaan Agenda Kebajikan Dan Keprihatinan Sosial
    7. Pemberdayaan Ekonomi
    8. Bantuan Fizikal/Prasarana/ Asas Institusi Islam

Lampiran

Tiada Lampiran.