Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

203) PESTA BUKU ANTARABANGSA SELANGOR 2022

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kos penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022?

    1. Jumlah kos penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022 ini adalah RM1.3juta.
    2. Pesta Buku Antarabangsa Selangor @ Selangor International Bookfair (SIBF) ini julung kalinya diadakan di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam yang baru siap dibina pada tahun 2022.
    3. Setelah 16 tahun (2006-2021) penganjuran Pesta Buku Selangor, pada tahun ke-17 (2022) telah diangkat menjadi Selangor International Book Fair.
    4. Penganjuran kali pertama ini telah berjaya melibatkan enam (6) negara bagi program felo iaitu

      i. North Macedonia,
      ii. Turkiye,
      iii. Korea Selatan,
      iv. Egypt,
      v. United Kingdom,
      vi. Indonesia

    5. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tujuh (7) anak syarikat & agensi kerajaan negeri (GLC) yang menyumbang dan membuat pembelian reruai bagi menyokong program ini :

      i. Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI)
      ii. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
      iii. Kumpulan Semesta Sdn Bhd
      iv. Worldwide Holdings Berhad
      v. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
      vi. KDEB Waste Management Sdn Bhd
      vii. Smartsel Sdn Bhd

    6. Sebagai menyokong industri buku, Kerajaan negeri menyumbang sebanyak RM 800,000.00 bagi menjayakan program dan tidak menggunakan khidmat nasihat perunding.
    7. Program ini telah mencatat jumlah pengunjung sebanyak 229,832 orang dengan 300 jumlah pempamer, melibatkan pempamer tempatan dan antarabangsa, diwarnai dengan 278 aktiviti merangkumi aktiviti kanak-kanak sehingga dewasa.

  2. Berapakah jumlah pulangan keuntungan yang diraih oleh para peniaga yang mengambil bahagian dalam Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022?

    1. Jumlah anggaran jualan pempamer adalah RM4.5 juta. 5juta belian tunai dan RM3juta adalah belian secara kredit oleh jabatan dan agensi yang mengunjungi Selangor International Book Fair (SIBF).
    2. Tidak termasuk lain-lain belian yang tidak direkodkan.
  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk merancakkan industri buku di Negeri Selangor?

    1. Kerajaan negeri telah mengangkat Selangor International Book Fair(SIBF) sebagai program tahunan kerajaan negeri dan akan diteruskan setiap tahun dengan PPAS sebagai urus setia.

     

    1. Pesta Buku Kanak-kanak Selangor yang pertama kali akan dianjurkan pada 27-30 Julai 2023 oleh PPAS sebagai urus setia dengan tujuan mendidik anak-anak dari peringkat awal dan memastikan industri buku terus berkembang di masa hadapan.

     

    1. Menggerakkan Bazar Buku dan Food Valet di setiap perpustakaan daerah bagi memastikan industri buku tempatan terus rancak dan menyokong peniaga kecil seterusnya menggalakkan budaya membaca. Sebagai permulaan pada tahun ini, program Bazar Buku telah dilaksanakan di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam dan Perpustakaan Daerah Kuala Langat pada 24 – 27 Februari 2023 sempena cuti sekolah.

     

    1. Sebagai penghargaan oleh Kerajaan Negeri kepada golongan Sasterawan dan Karyawan, program Masterclass bersama mereka akan diteruskan, menggiatkan lagi program dan bengkel penulisan serta cadangan penerbitan semula karya-karya mereka bagi memperkenalkan semula kepada generasi akan datang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.