Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
202) TANAH PKPS SEMUNGKIS HULU LANGAT
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan kerajaan untuk tanah-tanah PKPS di kawasan Semungkis, Hulu Langat?
PKPS mempunyai dua (2) bidang tanah di kawasan Semungkis, Daerah Hulu Langat seluas 54 hektar.
Pada masa ini, PKPS telah menjalankan Tanaman Dusun dan Agropelancongan secara usaha sama dengan 8 operator di sebahagian tanah tersebut seluas 23.146 hektar.
Selain itu, PKPS juga akan membangunkan sebahagian lagi tanah tersebut seluas 17.394 hektar secara usaha sama dengan Petronas untuk Projek Penghutanan Semula berkonsep Agro Pelancongan dibawah Program Pemacuan Kelestarian Negeri Selangor, Teras 3 sepertimana yang dibentangkan di dalam Rancangan Selangor Pertama.