Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

195) PROJEK JALAN KAMPUNG

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan Projek membaiki jalan-jalan kampung yang diluluskan di Negeri Selangor pada tahun 2023 dan berapakah jumlahnya yang diperuntukkan untuk kampung-kampung di dalam kawasan Sungai Burong?

    Pada tahun 2023, peruntukan berjumlah RM4 juta telah disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan menyelenggara/menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan di kawasan luar bandar. Daripada jumlah berkenaan sebanyak RM2 juta diperuntukkan untuk kemudahan awam/asas desa manakala RM2 juta lagi adalah untuk menaiktaraf/baikpulih infrastruktur.

    Selain itu, sebanyak RM24 juta diperuntukkan melalui Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) tahun 2023, yang akan disalurkan ke semua Pejabat Daerah/Tanah Negeri Selangor untuk baikpulih jalan raya luar bandar yang telah didaftarkan dibawah sistem MARRIS.

    Dibawah peruntukan MARRIS, siling peruntukan bagi daerah Kuala Selangor adalah sebanyak RM3.89 juta dan daripada jumlah tersebut bagi sebanyak RM786,293.00 akan diperuntukkan bagi tujuan baikpulih jalan dan longkang di dalam kawasan DUN Sungai Burong.

    Penyelenggaraan jalan – jalan di kawasan luar bandar juga termasuk dalam kriteria Projek Selangor Penyayang (PSP) Fasa 2 yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor yang berjumlah RM1 juta untuk setiap DUN. Projek Selangor Penyayang ini merupakan projek – projek kecil yang dicadangkan oleh Ahli Dewan Negeri dan Pegawai Penyelaras Dewan Negeri yang merangkumi  projek dari kategori baik pulih, penyelenggaraan, naiktaraf, bina baharu dan bekalan kemudahan asas/awam untuk jalanraya, perparitan, bangunan awam, fasiliti sukan & rekreasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.