Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

184) BAS SMART SELANGORKU

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian Kerajaan Negeri apabila khidmat Bas Smart Selangorku di kawasan luar bandar kini yang sentiasa kosong dan hanya warga asing sahaja menggunakan khidmat ini?

    Berdasarkan pemantauan daripada rekod penumpang Bas Smart Selangor, Kerajaan Negeri Selangor mengambil maklum terdapat laluan yang kurang bilangan penumpang di kawasan luar bandar terutama bagi kawasan yang berkepadatan rendah. Walau bagaimanapun, Kerajaan mengambilkira tanggungjawab sosial dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk kemudahan rakyat Selangor di mana laluan-laluan Bas Smart Selangor lebih memfokuskan kepada laluan-laluan yang melalui kawasan sekolah, perumahan kos rendah, hospital, klinik kesihatan, kawasan luar bandar serta laluan yang tidak bertindih dengan laluan perkhidmatan pengangkutan berbayar sepertimana yang dipersetujui oleh pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa membuat kajian dan analisa bagi mengenalpasti keperluan penggunaan Bas Smart Selangor di kawasan-kawasan yang didapati tiada atau kurang penumpang dan akan mengesyorkan pengubahan laluan jika perlu.

  2. Nyatakan jumlah kos perbelanjaan bagi baik pulih kenderaan BasSmartSelangorku di kawasan luar bandar mengikut PBT.

    Kos baik pulih kenderaan Bas Smart Selangor telah dimasukkan dalam jumlah kos perkhidmatan yang perlu dibayar kepada syarikat pengoperasi yang telah dilantik oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.