Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

181) ASET-ASET MILIK YAYASAN SELANGOR DI LUAR NEGERI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah aset-aset milik Yayasan Selangor di luar Negeri Selangor?

    Hanya terdapat tiga (3) hartanah Yayasan Selangor di luar Negeri Selangor iaitu:-

    1. Bangunan Kg Baru (Lot 27 seksyen 42, KL)
    2. Bangunan Bukit Bintang (Lot 9 seksyen 67, KL)
    3. Tanah Kg Pandan (PT545,505,506 seksyen 90, KL)
  2. Adakah sebarang manfaat daripada apa jua aktiviti membabitkan kewujudan aset-aset tersebut?

    Bangunan Kg. Baru (Lot 27 Seksyen 42, Kuala Lumpur) menjana pendapatan kepada Yayasan Selangor melalui sewaan unit di premis tersebut. Dua lagi hartanah Yayasan Selangor di luar Selangor iaitu Bangunan Bukit Bintang (Lot 9 seksyen 67, KL) dan Tanah Kg Pandan (PT545,505,506 seksyen 90, KL) kini dalam proses pembangunan dengan sebahagian tanah Kg Pandan disewa kepada pengusaha stesen minyak.

     

  3. Adakah boleh jika terdapat pihak-pihak yang berminat untuk memanfaatkan kewujudannya dengan apa jua kaedah atau cadangan memajukannya?

    Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor telah melantik TWA (Malaysia) Sdn Bhd sebagai Perunding Pengurusan Projek atau Project Management Consultant untuk pengurusan pembangunan aset dan hartanah Yayasan Selangor. Pihak yang berminat untuk memajukan mana-mana aset Yayasan Selangor boleh menghantar cadangan pembangunan yang akan dinilai oleh syarikat ini bagi memastikan cadangan projek adalah berdaya saing dan mampu menjana pendapatan jangka panjang untuk Yayasan Selangor. Ini adalah penting bagi memastikan projek dicadang mampu menjana recurring income untuk membiayai agenda pendidikan Yayasan Selangor. Yayasan Selangor telah diangkat sebagai urusetia STANCO Pendidikan Negeri Selangor. Ini pastinya akan memberi faedah kepada sektor pendidikan seluruh Selangor dalam usaha melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti dan terunggul untuk membangunkan potensi individu di negeri yang kita sayangi ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.