Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
180) MAKLUMAT TERKINI PROJEK PELEBARAN JALAN MENDAKI DARI SELAYANG KE RAWANG TERUTAMA DI TAMAN AMANSIARA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah maklumat terkini projek pelebaran jalan mendaki dari Selayang ke Rawang terutama di Taman Amansiara?
Jalan mendaki yang dimaksudkan merujuk kepada Jalan Persekutuan FT01 berhampiran dengan Taman Amansiara. Permohonan untuk pelebaran jalan ini telah pun diangkat di dalam permohonan projek jalan dibawah Rolling Plan 1 (RP1), Rolling Plan 2 (RP2) dan Rolling Plan 3 (RP3) Rancangan Malaysia Ke-Duabelas (RMKe-12) dan telah termasuk di dalam senarai pendek untuk kelulusan peringkat Kerajaan Persekutuan.