Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

179) PEMBANGUNAN STADIUM SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status Pembangunan Stadium Selangor yang baharu?

    Pihak pemaju yang dicadangkan telah menyiapkan konsep Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) pada bulan Oktober 2022. Semakan telah dibuat ke atas pelan konsep bagi mematuhi kehendak-kehendak di dalam RFP yang diutarakan oleh Jabatan dan Agensi Berkepentingan. Setakat ini, pihak Unit Projek Khas MBI sedang di dalam peringkat perbincangan lanjutan dengan Pemaju ke atas perincian komponen-komponen Pembangunan KSSA.

    Pihak Unit Projek Khas MBI selaku pengurus projek telah menyediakan platform media sosial bagi mendapat maklumbalas orang awam mengenai Pembangunan KSSA. Selain itu, pandangan dan cadangan orang awam juga telah diambil kira dengan mengadakan Sesi Libat Urus Awam dan Pameran secara fizikal di SACC Mall Shah Alam yang telah diadakan pada 26 Januari 2023 hingga 10 Februari 2023.

  2. Adakah Kerajaan Negeri mampu untuk menguruskan stadium ini apabila diserahkan sepenuhnya nanti?

    Selain daripada sukan dan rekreasi, Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam akan mengandungi komponen-komponen komersial dimana pulangan yang diperolehi akan menampung perbelanjaan operasi dan penyelenggaraan KSSA. Justeru, Kerajaan Negeri mampu menguruskan stadium dan KSSA secara keseluruhan.

Lampiran

Tiada Lampiran.