Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

173) KESELAMATAN MAKLUMAT PERIBADI

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor memastikan keselamatan maklumat peribadi yang diberikan oleh warga Selangor terjamin semasa mendaftarkan diri/ memohon program bantuan menggunakan laman web/ app yang diuruskan oleh Kerajaan Negeri? (contoh: Wavpay E-Wallet)

    Setakat ini Kerajaan Negeri Selangor telah menggunakan e-dompet Wavpay untuk dua inisiatif di bawah Iltizam Selangor Penyayang (“ISP”) iaitu untuk Program BINGKAS dan juga Program INSAN.

    Sebagai syarikat e-money issuer yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (“BNM”), segala sistem e-dompet Wavpay dan pengumpulan data, termasuk penggunaan data peribadi pelanggan, adalah di bawah kawal selia BNM dan tertakluk kepada pematuhan ketat ke atas polisi yang dikeluarkan oleh BNM berkaitan pengurusan maklumat pelanggan dan pemberitahuan yang dibenarkan (Management of Customer Information and Permitted Disclosure), selain pematuhan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.  Pangkalan data bagi setiap e-money issuer di bawah kawal selia BNM adalah diwajibkan untuk mematuhi ciri-ciri keselamatan IT yang diwajibkan di bawah Pengurusan Risiko dalam Teknologi (Risk Management in Technology) bagi memastikan keselamatan pangkalan data dari pencerobohan.

Lampiran

Tiada Lampiran.