Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

170) MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA)

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri kesenian dikawasan bandaraya contoh dikawasan Dun Seri Setia dalam kawasan MBPJ & MBSA?

    Berikut merupakan antara perancangan Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaran Petaling Jaya untuk menyemarakkan inisiatif kesenian dan kebudayaan tahun 2023.

    1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
    • Program Lepak Seni @ Dataran Kemerdekaan
    • Program Sayembara Puisi
    • Festival Kota Seni
    • Pertandingan Koir Kota Seni Shah Alam
    • Program Muzika Komuniti
    • Program FAM Trip 2 Hari 1 Malam @ Shah Alam
    • Projek Baik Pulih dan Pembaikan Laman Seni 7
    1. Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
    • Program PJ Weekend Flea Market
    • Program Santai Budaya Kota Seni PJ
    • Petaling Jaya International Folkshore Festival
    • Ekspo Petaling Jaya Smart
    • Majlis Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya
    • Pertandingan Eksplorasi PJ
    • Pertandigan Deklamasi Sajak Petaling Jaya

     

  2. Berapa peratusan pelancong luar negara yang masuk ke Negeri Selangor pada tahun 2022 dan dimanakah tempat yang paling menarik di dalam Selangor?

    1. Untuk makluman, bagi tahun 2022 pelancong antarabangsa menyumbang sebanyak 23% daripada jumlah pelancong keseluruhan ke Negeri Selangor yang berjumlah 1.2 juta pelancong. Prestasi kedatangan pelancong antarabangsa bagi tahun tersebut mencatat peningkatan yang mengalakkan sebanyak 62.4% berbanding catatan pada tahun 2021.

     

    Berikut merupakan tempat pelancongan paling menarik yang telah menjadi salah satu landmark bagi pelancongan di Negeri Selangor dan telah menjadi tumpuan pelancong domestik dan antarabangsa :-

    • Jugra Paragliding (Kuala Langat)
    • White Water Rafting KKB (Hulu Selangor)
    • Bukit Broga (Hulu Langat)
    • Sky Mirror (Kuala Selangor)
    • Batu Caves (Gombak)
    • Sekinchan (Sabak Bernam)
    • Bandar Diraja Klang (Klang)
    • Bandar Sunway (Petaling)
    • Bagan Lalang (Sepang)

Lampiran

Tiada Lampiran.