Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

163) TANAH-TANAH KERAJAAN YANG TIDAK DIBANGUNKAN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan tanah-tanah kerajaan yang masih belum dibangunkan di DUN Hulu Bernam?

    Untuk makluman Y.B. Datuk, merujuk Seksyen 5 Kanun Tanah Negara iaitu tafsiran bagi ‘tanah Kerajaan’ ertinya semua tanah di dalam Negeri itu (termasuk sebanyak mana dasar mana-mana sungai, dan tepi pantai serta dasar laut, seperti yang adalah dalam lingkungan wilayah Negeri itu atau batas perairan wilayah) selain dari –

    • Tanah berimilik;
    • Tanah rizab;
    • Tanah lombong;
    • Mana-mana tanah yang, di bawah peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan hutan (sama ada diluluskan sebelum atau selepas permulaan Akta ini), buat masa itu adalah hutan

    Berdasarkan tafsiran ini, tiada sebarang pembangunan dibenarkan di atas tanah yang masih berstatus tanah Kerajaan.

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan tanah-tanah tersebut?

    Untuk makluman Y.B. Datuk, tanah-tanah yang hendah dibangunkan adalah perlu terlebih dahulu dilupuskan selaras Kanun Tanah Negara. Perancangan pembangunan kelak adalah berdasarkan permohonan pemilik tanah untuk dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan atau Pegawai Pengawal sesuatu tanah rizab.

Lampiran

Tiada Lampiran.