Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

162) JALAN BESAR, PANDAMARAN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah JKR persekutuan dapat menyerahkan kuasa penyelenggaraan jalan besar Pandamaran kepada Majlis Perbandaran Klang?

    Jalan Pandamaran & Jalan Banting Pandamaran merupakan aset milikan Kementerian Kerja Raya Malaysia dan diberikan hak selenggaraan kepada konsesi Roadcare Sdn. Bhd. Penyerahan penyenggaraan kepada pihak Majlis Perbandaran Klang adalah di bawah kuasa Menteri Kerja Raya. Jalan Pandamaran dan Banting Pandamaran adalah di laluan FT 3218 kategori jalan utama persekutuan. Panjang Jalan Pendamaran adalah 4.50 kilometer iaitu dari seksyen 0.00 hingga 4.50 dan Jalan Banting Pandamaraan ialah 4.30 kilometer iaitu dari seksyen 4.50 hingga 8.80. Jalan Pandamaran ini merupakan jalan penghubung bagi jalan Persiaran Raja Muda Musa FT02 ke jalan protokol FT 181 Lebuhraya Pulau Indah (Westport) atau KESAS terus ke Jalan Banting Pandamaran menghubungkan FT 05 Jalan Langat.  Penyenggaraan dilaksanakan oleh pihak  konsesi mengikut jadual kerja rutin setiap bulan yang telah disahkan oleh JKR Daerah Klang. Pelaksanaan penyenggaraan kerja rutin bagi kategori jalan utama adalah mengikut skop kerja seperti berikut :

    R01 – Pavemen (as required)

    R02 – Bahu Jalan (as requird)

    R03 – Potong Rumput (9 kali setahun)

    R04 – Perabot Jalan (2 kali setahun)

    R05 – Jambatan/Pembentung (2 kali setahun)

    R07 –  Longkang (2 kali setahun)

    Permohonan pengambilalihan jalan ini bagi tujuan penyenggaraan perlu dimohon oleh Kerajaan Negeri kepada pihak Kementerian Kerja Raya.

Lampiran

Tiada Lampiran.