Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
157) JUMLAH HASIL NEGERI MELALUI AKTIVITI KUARI DI MUKIM HULU LANGAT
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah hasil negeri yang diperoleh daripada aktiviti kuari-kuari di kawasan Hulu Langat dari tahun 2022 hingga 2023?
JABATAN PERHUTANAN
Hanya terdapat satu kuari dalam Hutan Simpanan Kekal, Mukim Hulu Langat. Jumlah hasil negeri yang diperoleh daripada aktiviti kuari tersebut dari tahun 2022 hingga 2023 adalah RM 2.26 juta.
PEJABAT DAERAH/ TANAH HULU LANGAT
- Terdapat lima (5) tapak pengeluaran bahan batuan granit yang aktif di mukim Hulu Langat. Pemegang permit bagi tapak dimaksudkan adalah seperti berikut:
- Ang Cheng Ho Quarry Sdn. Bhd.;
- Dolomite Granite Quarry Sdn. Bhd.;
- Batu Tiga Quarry Sdn. Bhd.;
- Syarikat Jati Pemborong Am Sdn. Bhd.; dan
- Mestika Pujangga Sdn. Bhd.
Sepanjang tahun 2022 hingga 28 Februari 2023, pemegang-pemegang permit tersebut telah menyumbang RM 26,437,072.72 dalam bentuk bayaran royalti pengeluaran bahan batuan. Jumlah tersebut mewakili 60.7% daripada jumlah keseluruhan hasil dikutip (RM 43,541,393.89) bagi semua tapak pengeluaran bahan batuan granit di dalam daerah Hulu Langat dalam tempoh yang sama.
Berikut merupakan jadual pecahan hasil mengikut tahun bagi pemegang-pemegang permit yang dinyatakan:
Bagi kuari yang terletak di Hutan Simpan Kekal, terdapat satu (1) kuari yang aktif beroperasi di Mukim Hulu Langat. Jumlah hasil negeri yang diperoleh daripada aktiviti kuari ini dari tahun 2022 hingga 2023 adalah RM 2.26 juta.