Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

153) JUALAN EHSAN RAKYAT

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah program Jelajah Jualan Ehsan Rakyat Selangor telah berjaya mengurangkan beban rakyat Selangor akibat kenaikan harga barang makanan?

    Berdasarkan statistik terkini setakat 28 Februari 2023, jualan JER 0 dan 2.0 telah mencatat jumlah jualan sebanyak RM22.1 juta dimana RM6.7 juta daripadanya adalah perbelanjaan bagi menampung kos subsidi. Jumlah ini menunjukkan JER telah memberi penjimatan sebanyak 30 peratus daripada harga semasa membabitkan kira-kira 4 juta rakyat Selangor.

    Hasilnya rakyat dapat mengurangkan perbelanjaan kerana harga barang yang dijual lebih murah berbanding pasaran luar.

  2. Apakah langkah selanjutnya oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mempastikan harga barangan asas dan makanan dapat diturunkan?

    Antara inisiatif yang sedang dijalankan PKPS, adalah melibatkan diri dalam projek berkaitan rantaian makanan sebagai contoh kerjasama bersama Chareon Pokphand Group (CP) Thailand bagi meningkatkan pengeluaran ladang ayam milik PKPS daripada 3 juta ekor setahun kepada 14.8 juta ekor setahun menjelang 2025. Dengan peningkatan dan pengawalan kos pengeluaran ayam ini, kerajaan negeri melalui PKPS dapat mengawal sendiri harga yang dibekalkan kepada

Lampiran

Tiada Lampiran.