Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

152) PAJAKAN TANAH LAPANG KERAJAAN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa keping dan jumlah keluasan tanah rizab berstatus kawasan lapang dan hijau yang dipajakkan kepada pihak swasta sejak 2018?

    Jumlah keluasan tanah rizab berstatus kawasan lapang terbiar yang telah dipajakkan kepada pihak swasta semenjak tahun 2018 sehingga kini adalah berjumlah 58 plot dengan keluasan 610,112 mp² (76 Ekar)

  2. Sila senaraikan secara terperinci nama orang atau syarikat yang memajak mengikut daerah dan PBT, dan jumlah yang dikutip oleh Kerajaan Negeri.

    Untuk makluman Yang Berhormat, senarai nama individu atau syarikat yang memajak tanah rizab mengikut daerah dan PBT akan dibekalkan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Untuk makluman awal Yang Berhormat, jumlah kutipan pajakan sehingga kini adalah RM 31,615,829.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.