Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

150) AIR SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kenapakah perkhidmatan CEO Air Selangor tidak disambung semula dan siapakah yang bakal mengisi kekosongan jawatan tersebut?

  2. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menaikkan tarif air di Negeri Selangor?

    Tarif terakhir diselaraskan adalah pada tahun 2006. Tiada sebarang kenaikan tarif sehingga tahun 2023, untuk tempoh selama enam belas (16) tahun tiada sebarang pelarasan tarif air dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

    Ketiadaan pelarasan tarif air bagi tempoh masa yang panjang  menjejaskan keupayaan dan kedudukan kewangan operator air bagi menampung kos bagi kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan dan rawatan air yang dianggarkan tidak kurang dari RM2.0 bilion.

    Justeru itu, Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan kenaikan tarif air di Selangor sekiranya mendapat kelulusan daripada Kerajaan Pusat dengan syarat peningkatan tarif tersebut tidak membebankan pengguna daripada golongan berpendapatan rendah khususnya dan tiada peningkatan bagi pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 20 meter padu sebulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.