Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

142) PENINGKATAN DEMAM DENGGI

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah kawalan yang telah dibuat?

    Aktiviti utama yang dilaksana adalah:

    1. Penghapusan Tempat Pembiakan Nyamuk (PTP);
    2. Semburan Ruang Termal;
    3. Semburan ULV;
    4. Aktiviti Pendidikan Kesihatan Denggi; dan
    5. Aktiviti Penguatkuasaan/ Perundangan

    Antara usaha untuk masa jangka panjang yang sedang dan akan dilaksana termasuklah:

    • Membincangkan isu denggi di peringkat daerah secara terperinci untuk tindakan yang diambil oleh pihak terlibat melalui Mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dihadiri oleh kesemua agensi terlibat seperti Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Pihak Berkuasa Tempatan, Ahli Majlis dan sebagainya;
    • Membincangkan isu serta punca pembiakan denggi di lokasi terlibat bersama penduduk/ ahli majlis/ DUN agar dapat diambil tindakan
    • Menggiatkan penggunaan repellan dan semburan aerosaol dalam kalangan komuniti.
    • Memperkasakan peranan penduduk/ agensi terlibat melalui penubuhan pasukan COMBI bagi melaksana aktiviti pencegahan denggi (pemusnahan tempat pembiakan denggi serta pendidikan kesihatan denggi) di lokaliti berkenaan.
    • Melaksana program gotong-royong berfokus bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk bersama masyarakat di lokaliti berkenaan.
    • Menjalankan Program Selangor Bebas Aedes tempat Kerja dan
    • Mengukuhkan Program Bebas Denggi
    • Aktiviti penguatkuasaan melalui Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 boleh diambil ke atas penduduk / pemunya premis yang dijumpai berpotensi pembiakan aedes dengan pengeluaran Notis di bawah Seksyen 8, tindakan tawaran kompaun atau melalui arahan penutupan premis. Jika terdapat kegagalan mematuhi notis seksyen 8 atau tidak membayar kompaun, tindakan mahkamah akan diambil.

    Pelaksanaan Operasi Bebas Denggi Selangor (OBDS):

    OBDS bermula dari 15 Februari sehingga 22 Mac 2023 di seluruh Negeri Selangor. Operasi ini tertumpu di empat daerah iaitu Petaling, Hulu Langat, Klang dan Hulu Selangor. Fokus utama OBDS adalah:

    • Penurunan kes demam denggi melalui pengurangan kepadatan nyamuk Aedes di Selangor dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes,
    • Meningkatkan aktiviti kawalan berfokus kepada lokaliti bermasalah denggi dengan kekuatan pasukan tambahan daripada dalam / luar PBT dalam Negeri Selangor serta agensi lain seperti Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Penerangan dan agensi sukarelawan berkaitan denggi seperti Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) dan Communication for Behavioural Impact (COMBI).
    • Meningkatkan kesedaran dan advokasi komuniti terhadap pencegahan penyakit demam denggi

    Antara langkah yang akan dilaksanakan adalah:

    • Pertandingan Bebas Denggi di peringkat komuniti menyasarkan lokaliti
    • Penyaluran dana kepada agensi sukarelawan berkaitan seperti SUKA, COMBI atau persatuan penduduk untuk melaksanakan aktiviti Penghapusan Tempat Pembiakan (PTP).
    • Notis pemakluman melalui banner akan diletakkan di setiap lokaliti hotspot supaya penduduk mengambil langkah pencegahan segera sebelum tarikh operasi dilaksanakan.
  2. Adakah kerajaan bercadang untuk memberi vaksin (jika ada)?

    Tiada vaksin yang telah berdaftar untuk penggunaan di Malaysia. Pada masa kini, Vaksin Qdenga (TAK-003) dari Takeda di dalam proses untuk permohonan kelulusan daripada NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency) Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.