Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

139) MASALAH KESESAKAN TRAFIK DI PERSIARAN MOKHTAR DAHARI

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menangani masalah kesesakan trafik di Persiaran Mokhtar Dahari ketika waktu puncak?

    Pihak Kerajaan Negeri melalui JKR Selangor bercadang untuk menaiktaraf keseluruhan Jalan B49, Persiaran Mokhtar Dahari secara berperingkat. Bagi perancangan jangka masa pendek, pihak JKR Selangor telah mengeluarkan tender pada 28 Februari 2023 bagi jalan tersebut dengan skop membina 1 lorong tambahan sementara dari UiTM Puncak Perdana ke persimpangan Alam Budiman sepanjang 1.3 km dengan kos sebanyak RM7 juta.

  2. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melebarkan jalan di Persiaran Mokhtar Dahari sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani masalah kesesakan trafik?

    Bagi penyelesaian jangka masa panjang, pihak JKR Selangor telah mendapat kelulusan di bawah RMKe-12 untuk menaiktaraf Persiaran Mokhtar Dahari sepanjang 6.5km dengan kos RM 23.72 juta. Pelaksanaan kerja-kerja awalan dan merekabentuk dijangka bermula pada suku keempat Tahun 2024. Walaubagaimanapun, peruntukan yang diluluskan adalah tidak mencukupi dan pihak JKR Selangor dan memohon peruntukan tambahan didalam RMKe-13.

Lampiran

Tiada Lampiran.