Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
134) PROGRAM SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah permohonan baru berhasrat untuk menyertai SMUE yang diterima pada tahun 2022 dan 2023.
Pertanyaan ini akan dijawab bersekali dengan Soalan No.206 oleh Yang Berhormat Pandamaran berkaitan tajuk yang sama.
Skim Mesra Usia Emas merupakan salah satu agenda dibawah program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) yang kini dikenali sebagai Iltizam Selangor Penyayang (ISP). Bermula tahun 2023 inisiatif ini ditambaikbaik melalui penjenamaan dan penstrukturan semula Program Skim Mesra yang mempunyai sub program iaitu Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk golongan sasar warga emas dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) untuk golongan sasar Orang Kurang Upaya (OKU). Pendaftaran SMUE bagi tahun 2022 adalah seramai 29,804 orang, manakala bagi pendaftaran tahun 2023 sehingga Mac adalah seramai 25,811 orang.
Berdasarkan keputusan MMKN ke 33/2022 telah menetapkan pemberian Baucar Jom Shopping Skim Mesra (JSSM) berjumlah RM150.00 setiap tahun kepada ahli yang masih hidup bermula tahun 2023. Mekanisma pelaksanaan pemberian manfaat baucar beli-belah Jom Shopping Skim Mesra telah ditambahbaik dimana bermula tahun 2023, Ahli Skim Mesra boleh mengambil baucar tersebut sepanjang tahun tanpa mengikut bulan kelahiran seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini. Edaran baucar kepada Ahli masih sama dimana baucar disampaikan melalui Pusat Khidmat DUN.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menetapkan syarat baru seperti pengundi di Selangor sebagai syarat kelayakan menyertai SMUE? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Kerajaan Negeri telah menetapkan syarat utama untuk mendaftar SMUE adalah mesti pengundi berdaftar di Negeri Selangor dan sebagai bukti lampiran semakan SPR perlu disertakan bersama dokumen lain semasa pendaftaran