Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
131) NAIK TARAF BUKIT CHANGKAT ASA SEBAGAI KAWASAN REKREASI DAN PELANCONGAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan sama ada Kerajaan Negeri mempunyai sebarang perancangan untuk membangunkan Bukit Changkat Asa sebagai tarikan rekreasi dan pelancongan yang unggul di Hulu Bernam.
Berdasarkan semakan didapati Bukit Changkat Asa berada di tanah milik persendirian. Oleh yang demikian untuk memajukan kawasan berkenaan sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan adalah diluar bidang kuasa MPHS. Namun pihak MPHS akan berbincang dan akan membantu jika pemilik tanah ingin membangunkan kawasan berkenaan sebagai kawasan pelancongan.