Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

126) PELANCONGAN DI SUNGAI AIR TAWAR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan inisiatif - inisiatif Kerajaan Negeri dalam pembangunan infrastruktur untuk membantu bidang pelancongan di kawasan DUN Sungai Air Tawar?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian telah menyalurkan peruntukan pada tahun 2021 untuk menaiktaraf dan membaikpulih kemudahan infrastruktur pelancongan sediada dan ke semua projek telah siap dilaksanakan pada tahun 2022 seperti butiran berikut:

    Bagi tahun 2023, Jawatankuasa Tetap Pelancongan telah menerima sebanyak 3 permohonan peruntukan bagi melaksanakan projek naiktaraf infrastruktur pelancongan di Sabak Bernam dan permohonan ini akan dipertimbangkan berdasarkan keperluan dan keutamaan sebelum penyaluran peruntukan dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.