Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
125) PAPAN TANDA AMARAN BAHAYA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mengarahkan semua PBT untuk melaksanakan program keselamatan secara menyeluruh seperti pemasangan papan-papan tanda amaran bahaya bagi mengelakkan kes seperti kanak-kanak terjatuh ke dalam longkang dan dihanyut oleh air deras?
Bagi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri, pemasangan papan tanda di jalan berkenaan adalah tertakluk kepada Arahan Teknik Jalan (ATJ) 2A/85 (Pindaan 2019) – Manual On Traffic Control Devices : Standard Traffics Signs yang dikeluarkan oleh JKR Malaysia. Mengikut Arahan Teknik Jalan yang berkaitan, pemasangan papan tanda adalah merujuk kepada papan tanda piawai lalulintas yang digunapakai di atas jalan sedia ada. Oleh itu, pemasangan papan tanda amaran bahaya adalah lebih sesuai diberi tanggungjawab kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.