Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
116) SKIM BANTUAN I-SEED
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah bantuan peralatan I-SEED telah mencapai sasaran yang ditetapkan?
Sepertimana Yang Berhormat Permatang sedia maklum, Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor merupakan salah satu program penjanaan pendapatan usahawan atau peniaga kecil menerusi pemberian bantuan berbentuk peralatan atau mesin yang bernilai RM10,000 ke bawah. Kerajaan Negeri sedar bahawa golongan masyarakat India perlu diberi perhatian serius untuk dibantu secara lebih fokus dan menyeluruh dalam usaha meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka malahan golongan masyarakat India di negeri ini tidak pernah dipinggirkan atau ditinggalkan daripada menikmati mana-mana program bantuan khususnya di bawah Iltizam Selangor Penyayang.
Sehubungan dengan itu pada tahun 2021, sebanyak RM1,160,657.40 (Ringgit Malaysia : Satu Juta Satu Ratus Enam Puluh Ribu Enam Ratus Lima Puluh Tujuh Ringgit Empat Puluh Sen) telah dibelanjakan dengan seramai 260 orang penerima manfaat telah menerima peralatan dan mesin masing-masing. Manakala, pada tahun 2022 sebanyak RM1,251,400.00 (Ringgit Malaysia : Satu Juta Dua Ratus Lima Puluh Satu Ribu Empat Ratus) telah dibelanjakan bagi pembelian peralatan dan mesin kepada seramai 248 orang penerima. Oleh itu, secara keseluruhannya, peruntukan pada tahun 2021 dan 2022 telah berjaya dibelanjakan secara optimum pada tahap 100% dan telah berjaya mencapai malahan melebihi sasaran yang telah ditetapkan dengan seramai 508 orang telah berjaya dibantu.
-
Berapakah jumlah pemohon yang berjaya mendapat bantuan peralatan setakat ini? Perincikan mengikut DUN.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, program bantuan ini dilaksanakan mengikut daerah di mana borang permohonan perlu dihantar melalui Pejabat Daerah/ Tanah atau unit i-SEED untuk diproses dan disiasat sebelum dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan. Sehubungan itu, tiada perincian data penerima mengikut DUN kerana program ini adalah berdasarkan jumlah permohonan yang diterima oleh Pejabat Daerah/ Tanah dan unit i-SEED. Berikut merupakan perincian penerima manfaat mengikut daerah pentadbiran untuk tahun 2021 dan 2022 :-