Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
111) PEMODENAN BIDANG PERTANIAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status Pemodenan Bidang Pertanian termasuk penggunaan Internet Pelbagai Benda (IoT) di Negeri Selangor?
Bagi industri sektor tanaman makanan penggunaan Internet of Things (loT) banyak digunakan dalam projek pertanian secara fertigasi dan kilang tanaman (Veggie Factory). Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK 11) sebanyak RM5.88 juta telah diperuntukkan dengan keluasan 196.96 hektar yang melibatkan 212 orang agropreneur telah mendapat manfaat daripada projek ini.
Bagi Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK 12), bagi tempoh 2021 hingga 2022 pula sebanyak RM3.0 juta telah diperuntukkan dengan keluasan 118.91 hektar yang melibatkan 139 orang agropreneur telah mendapat manfaat daripada projek ini.
-
Berapakah pencapaian keberhasilan pengeluaran hasil pertanian negeri setakat ini?
Pencapaian keberhasilan nilai pengeluaran hasil pertanian negeri yang menggunakan teknologi Internet of Things (loT) sehingga kini adalah RM15.80 juta. Produk yang dihasilkan daripada projek yang menggunakan teknologi ini adalah produk-produk pertanian yang bernilai tinggi seperti salad, golden melon dan cili