Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

110) KISS (KASIH IBU SMART SELANGOR)

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah penerima KISS terkini mengikut pecahan DUN.

    Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) telah ditambahbaik kepada program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) bermula 1 Julai 2022. Jumlah penerima yang telah diluluskan untuk program BINGKAS setakat 28 Februari 2023 adalah sebanyak 25,339 keluarga. Butiran lanjut bagi pecahan mengikut setiap DUN akan dipanjangkan secara bertulis.

  2. Apakah kriteria utama untuk penerima KISS ini di kawasan DUN yang mempunyai pemohon yang ramai?

    Syarat Kelayakan atau kriteria utama bagi permohonan Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) adalah diselaraskan bagi setiap DUN di Negeri Selangor seperti berikut:

    1. Warganegara Malaysia;
    2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
    3. Pemilih berdaftar di Selangor.
    4. Mempunyai anak / tanggungan di bawah umur 18 tahun; dan
    5. Berpendapatan isi rumah RM3,000.00 sebulan dan ke bawah.

Lampiran

Tiada Lampiran.