Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
101) STATUS KUIL HARAM DI ATAS LOT 54162 TANAH MILIK HIGHLAND AND LOWLAND DI TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang telah diambil pihak penguatkuasa tanah Daerah Klang dan MPK terhadap aduan penduduk Taman Sungai Kapar Indah berkenaan satu bangunan kuil di atas tanah milik Highland and Lowland di Taman Sungai Kapar Indah? Nombor rujukan Aduan : 0091/01/2020
Notis Kaedah D telah dikeluarkan pada 8.09.2021 untuk memulihkan tapak kepada keadaan asal dan kertas siasatan (IP) sedang disediakan untuk tindakan mahkamah. Hasil semakan Salinan hakmilik tanah adalah seperti berikut:
- No Hakmilik: GRN133678
- No Lot: Lot 64162
- Syarat Nyata Tanah: Bangunan Perniagaan
- Kategori Tanah: Bangunan
- Pemilik Tanah: Highlands & Lowlands Berhad
Zon gunatanah Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang 2035, tapak di zonkan bagi kegunaan perniagaan. Merujuk kepada pelan lulus Majlis Bil. MPK/KU/99G/2005 yang bertaikh 20.01.2017 telah diiluluskan bagi tujuan pembangunan Pam Minyak berkeluasan 0.68 Ekar.