Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
96) PENGURUSAN RUMAH KOS RENDAH
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan mengambil alih pengurusan bangunan rumah pangsapuri kos rendah yang mempunyai masalah?
Secara dasarnya Kerajaan Negeri belum berhasrat mengambil alih pengurusan bangunan pangsapuri kos rendah yang mempunyai masalah. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah menyediakan inisiatif iaitu skim Lestari Harmoni yang berfungsi untuk membantu menguruskan bangunan yang tiada Badan Pengurusan melalui melalui syarikat perlantikan ejen-ejen pengurusan di bawah anak syarikat Kerajaan Negeri. Skim ini akan mengambil kira semua permasalahan berkaitan kutipan sampah, penyelenggaraan tangki air, lif dan lain-lain yang sering dibangkitkan oleh penduduk-penduduk pangsapuri.
-
Apakah bantuan di bawah Skim Ceria atau skim lain yang ditawarkan oleh kerajaan kepada penduduk-penduduk tinggal di rumah pangsapuri kos rendah?
Untuk makluman Yang Berhormat, Skim Ceria atau (Caring Goverment For Residents’ Improvement Aid) adalah bantuan baik pulih harta bersama yang disediakan oleh Kerajaan Negeri khusus untuk pangsapuri jenis kos rendah dan sederhana rendah. Jenis bantuan yang disediakan adalah seperti kerosakan bumbung, tangki air, mengecat dan baik pulih lif.
Bantuan-bantuan skim lain yang disediakan kepada penduduk-penduduk tinggal di rumah pangsapuri kos rendah seperti berikut:-