Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

83) PELAN MITIGASI BANJIR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah menangani banjir bagi Selangor dengan kebarangkalian cuaca yang ekstrem?

    Jawapan (a) dan (c)

    Sebagai langkah menangani banjir di Negeri Selangor dengan kebarangkalian cuaca ekstrem, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) telah membuat perancangan pengurusan banjir melalui dua (2) kaedah iaitu langkah struktur dan langkah bukan struktur.

    Langkah struktur melibatkan projek tebatan banjir yang merangkumi komponen seperti berikut:-

    1. Pembinaan ban banjir, tembok penahan banjir (flood wall), terowong banjir (flood tunnel), bypass channel dan barrage bagi tujuan kawalan banjir.
    2. Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) bagi menyediakan bekalan air terawat yang mencukupi di samping untuk tujuan pengurusan banjir.
    3. Pembinaan kolam takungan banjir seperti underground storage, elevated pond, vertical & horizontal storage dan kolam takungan bertingkat.
    4. Pembinaan pintu kawalan air dan rumah pam yang diintegrasikan dengan Sistem Kawalan Penyeliaan dan Perolehan Data Berkomputer – Supervisory Control And Data Acquisition (SCADA) bagi pintu air di kawasan yang berisiko tinggi mengalami banjir. Pintu Air ini akan dikawal secara automatik berdasarkan kenaikan paras air di sungai dan juga boleh dikawal serta dipantau menerusi komputer dan telefon pintar.
    5. Melebar dan mendalamkan sungai seperti Projek Mendalamkan dan Melebarkan Sungai Klang Termasuk Meninggikan Ban Sungai Klang.
    6. Menaiktaraf sistem saliran.

    Langkah bukan struktur pula terdiri daripada komponen-komponen seperti berikut:-

    1. Program Ramalan Amaran Banjir Negara (PRAB) yang berupaya meramal kejadian banjir monsun 7 hari lebih awal, memberi amaran banjir monsun 2 hari lebih awal, ketepatan ramalan aras air (+/- 0.5m) dan ramalan banjir kilat 1-3 jam lebih awal berdasarkan data ramalan cuaca dari Jabatan Meteorologi Malaysia. Selain itu, PRAB juga berupaya memberi amaran dan hebahan banjir monsun dari 6 jam kepada 2 hari lebih awal kepada agensi berkepentingan dan penduduk yang terlibat dengan banjir. Perolehan program ini telah bermula pada September 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Mac 2024. Program ini merangkumi pengesanan, ramalan, amaran dan hebahan.
    2. Pembangunan Rangkaian Stesen Hidrologi termasuk Sistem Siren Amaran Banjir untuk mengumpul dan memproses data hidrologi bagi tujuan ramalan dan amaran banjir.
    3. Pembangunan Sistem Pemantauan Banjir melalui laman web Infobanjir Negeri Selangor untuk memberi amaran awalan banjir kepada orang awam mengenai status paras air sungai, taburan hujan dan kamera pemantauan status banjir.
    4. Penggunaan Garis Panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang menetapkan keperluan mandatori yang perlu dipatuhi bagi pembangunan baru di kawasan bandar.
    5. Pendekatan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu dan Pengurusan Banjir Bersepadu bagi rancangan pengurusan banjir. Ini akan memberikan pendekatan yang lebih seimbang antara langkah-langkah struktur dan bukan struktur serta tahap penyertaan masyarakat yang lebih tinggi.
    6. Kajian Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM – Integrated River Basin Management) dan Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir (IFMP – Integrated Flood Management Plan) serta Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA).
    7. Pengurusan kawasan tadahan yang merangkumi kawalan pembangunan, pemeliharaan tanah dan pengurusan penggunaan tanah tinggi.
    8. Peta Hazard Banjir yang digunakan untuk tujuan penilaian risiko bagi mengurangkan kerugian akibat banjir.
    9. Kajian semula keupayaan dan operasi empangan di bawah LUAS dan Syarikat Air Selangor untuk mengkaji kesesuaian Empangan Sg. Langat dan Empangan Sg. Semenyih digunakan untuk tujuan operasi kawalan banjir.

    Selain itu, Kerajaan Negeri sedang mengkaji cadangan kaedah kawalan air di sumber atau control-at-source. Cadangan ini menggalakkan kawalan banjir dari segi perbandaran di mana syarat akan dikenakan pada pembinaan bangunan yang baru untuk menyediakan takungan air hujan dalam bangunan sebelum mengalir ke sistem saliran.

    Di samping itu, Kerajaan Negeri juga sedang mengkaji kaedah baru untuk menghubungkan kolam atau tasik sedia ada dengan sungai secara berperingkat bagi tujuan pengurusan banjir dan bekalan air.

    Kerajaan Negeri teah meluluskan Peruntukan Pembangunan Negeri (P13) sebanyak RM556.6 juta di bawah RMKe-12 kepada JPS. Daripada peruntukan tersebut, sebanyak 44% iaitu RM 245.8 juta adalah untuk Pembangunan Projek Tebatan Banjir.

    Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM455.2 juta kepada JPS untuk melaksanakan empat (4) projek tebatan banjir seperti berikut:-

    Selain daripada projek tebatan banjir, Kerajaan Persekutuan melalui JPS Malaysia sedang menjalankan Kajian Pelan Induk Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Klang yang telah bermula pada 1 Oktober 2021 dan dijangka siap pada 30 September 2023 dengan kos kajian sebanyak RM2 juta. Skop kajian merangkumi Lembangan Sungai Klang seluas 1,297km2 dan panjang 120km dari Empangan Klang Gates sehingga ke Pelabuhan Klang.

    Di samping itu, Kerajaan Negeri juga telah membentangkan senarai wishlist Negeri Selangor kepada Perdana Menteri Malaysia yang melibatkan 5 projek Off-Budget dengan jumlah keseluruhan RM4.7 bilion. Sekiranya diluluskan, projek-projek tersebut akan siap menjelang 2030 dengan tempoh pelaksanaan tujuh (7) tahun. Kesemua projek tersebut akan memberi impak dan kesan menyeluruh terhadap situasi banjir di Negeri Selangor menjelang tahun 2030 kelak. Antara projek Off-Budget dalam senarai wishlist adalah seperti berikut:-

    JPS juga sedang membuat permohonan 13 projek baharu di bawah RMKe-12 (RP4) dengan kos berjumlah RM4,185,687,613.40  seperti berikut:-

  2. Adakah sungai-sungai dan kawasan takungan dapat menampung jumlah air yang tinggi?

    Negeri Selangor merupakan salah satu negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dengan keluasan 8,104 km2. Terdapat sembilan (9) daerah di Negeri Selangor iaitu Kuala Selangor, Gombak, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Sepang, Kuala Langat dan Hulu Langat. Manakala Sg. Langat, Sg. Bernam, Sg. Tengi, Sg. Selangor, Sg. Buloh, Sg. Klang dan Sg. Sepang merupakan tujuh (7) lembangan sungai yang terdapat di negeri ini.

    Sepanjang dekad yang lalu, beberapa pembangunan bersaiz mega telah dilaksanakan di lembangan sungai dan ini termasuk pembangunan KLIA, Putrajaya, Cyberjaya dan MSC. Kepesatan pembangunan di lembangan telah mengakibatkan beberapa kesan buruk terhadap alam sekitar termasuk pencerobohan kawasan tadahan air, pembangunan koridor sungai yang tidak teratur, banjir yang kerap di kawasan rendah di sepanjang sungai, banjir kilat, hakisan tebing sungai, kemerosotan kualiti air dan ancaman kepada ekologi dan bio-diversiti.

    Dengan mengambil kira masalah di lembangan sungai dan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan masalah tersebut, khususnya banjir dan pembangunan tidak terkawal di koridor sungai, Kerajaan, melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, telah menjalankan kajian komprehensif untuk membangunkan pelan induk bagi pengurusan koridor sungai iaitu Pelan Pengurusan Sistem Lembangan Saliran Bersepadu (Intergrated River Basin Management – IRBM).

    Berdasarkan analisa kejadian banjir yang pernah berlaku di Negeri Selangor, terdapat kejadian banjir yang disebabkan oleh limpahan sungai. Ini menunjukkan terdapat sungai yang tidak dapat menampung jumlah air yang tinggi terutama apabila berlakunya hujan yang sangat lebat dalam masa yang singkat.

    Berikutan kejadian banjir besar yang berlaku di Negeri Selangor pada Disember 2021, pendekatan perancangan projek-projek untuk mengatasi banjir secara keseluruhan telah dikaji semula. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menerapkan konsep “Membangunkan struktur dan reka bentuk infrastruktur tebatan banjir berkonsepkan ‘make room for water’ seperti menaik taraf sistem pengurusan banjir, pantai dan sungai-utama serta menaik taraf benteng/ ban pantai/ sungai dan parit, dengan meningkatkan tahap perlindungan (kala purata ulangan – Average Recurrence Interval (ARI)) reka bentuk infrastruktur saliran dan pantai daripada 100 tahun ARI kepada 200 tahun ARI”.

  3. Adakah disiapkan pelan mitigasi banjir untuk tempoh 20 tahun akan datang?