Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

76) PEMBANGUNAN INDUSTRI SUKAN DI SEKITAR BUKIT UNGGUL

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pemilikan tanah dan rancangan pembangunan sukan (dan pelancongan) bagi kawasan rekreasi yang berpotensi di Bukit Unggul?

    Tanah-tanah di kawasan Bukit Unggul merupakan tanah milik persendirian iaitu Bukit Unggul Golf Country Resort Sdn. Bhd. Pihak Majlis tiada halangan ke atas cadangan pembangunan sukan dan pelancongan tertakluk kepada permohonan daripada pemilik tanah.Pembangunan sukan dan pelancongan di Bukit Unggul akan melibatkan usahasama diantara pemilik tanah dan penganjur program. Justeru, pembangunan sukan dan pelancongan di Bukit Unggul akan melibatkan pemilik tanah dan penganjur program.

  2. Adakah terdapat sebarang perancangan untuk menjadikan kawasan ini pusat tumpuan aktiviti lasak (i.e. motorcross) atau sukan lain?

    Kawasan ini telah pun dijadikan sebagai tempat untuk aktiviti motorcross dan perancangan dimasa hadapan akan ditentukan oleh pemilik tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.