Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

71) SURAU AL-FALAH PEKAN BANTING

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini perbincangan JAIS dengan Ehsan Istimewa Sdn Bhd terhadap tanah seluas 0.2 ekar yang diduduki Surau Al-Falah Pekan Banting?

    Pihak JAIS memutuskan untuk mengekalkan surau tersebut sebagai musolla memandangkan tanah/ tapak tersebut belum lagi menjadi milik JAIS yang dibuat melalui proses pewartaan. Bangunan tersebut akan dikekalkan sebagai musolla dan boleh diimarahkan oleh jemaah khususnya pekerja di pejabat swasta berhampiran serta para musafir transit. Pihak JAIS akan mengatur perbincangan khas dengan Tetuan Ehsan Istimewa Sdn Bhd bersama pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.