Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

55) KILANG-KILANG HARAM DI DUN IJOK

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masih banyak lagi kilang-kilang tanpa lesen/kebenaran beroperasi di Ijok. Apakah tindakan yang telah diambil atas masalah ini?

    Notis Pemberitahuan telah dikeluarkan kepada pemilik tanah dan pengusaha bagi kategori dalam zon industri menggunakan garis panduan jawatankuasa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kilang Tanpa Izin diperingkat negeri.

  2. Berapakah bilangan kilang-kilang haram yang telah di sita dan di kompaun pada tahun 2021/2022?

  3. Sudahkah tindakan tegas diambil terhadap tuan punya tanah?

    Tindakan tegas akan diambil ke atas pemilik-pemilik tanah yang masih belum mengemukakan permohonan tukar syarat tanah mulai 2023 selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 3/2023 bertarikh 1 Februari 2023 yang telah disahakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 4/2023 bertarikh 17 Februari 2023.

Lampiran

Tiada Lampiran.