Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
52) FRUIT VALLEY SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi kewangan Fruit Valley Selangor sejak 2018 hingga kini.
Prestasi keseluruhan kewangan Selangor Fruit Valley merangkumi unit Ladang, unit Agro pelancongan dan unit Agriculture Centre of Excell8nce (ACE) adalah seperti berikut:
-
Berapakah keuntungan dibawa oleh aktiviti pelancongan dalam Fruit Valley Selangor?
Penyata Pendapatan bagi unit Agro Pelancongan adalah seperti berikut:
-
Apakah perancangan kerajaan untuk pembangunan Fruit Valley Selangor?
Secara keseluruhan, perancangan pembangunan Selangor Fruit Valley adalah seperti berikut:
- Ladang SFV: Menjadikan SFV sebagai pengeluaran hab makanan utama di Selangor meliputi pengeluaran buah-buahan tempatan dan sayur sayuran. Selain itu, pengunaan sistem Internet of Things (IOT) dalam pengurusan ladang dan menjadikan Ladang SFV sebagai ladang contoh mengikut piawaian yang ditetapkan oleh MyGap.
- Agro pelancongan: Membangunkan SFV sebagai pusat Agro pelancongan utama di Selangor yang merangkumi pelbagai aktiviti — aktiviti yang disediakan disamping memberi impak ekonomi sosial di kawasan sekitar. SFV juga mensasarkan kedatangan pengunjung lebih 150 ribu setahun pada tahun 2023.
- Agriculture Centre Of Excellence (ACE): Membangunkan pelbagai jenis variety tanaman baru melalui kajian — kajian yang dijalankan oleh unit makmal di SFV serta dengan kerjasama strategik pakar benih seperti Green World Genetic (GWG) yang telah menghasilkan benih buah-buahan unik Selangor untuk pasaran tempatan. Selain itu, pembangunan tanaman vanila melalui kaedah tisu kultur juga sedang dirancang bagi memenuhi permintaan pasaran.
- lndustri Asas Tani: Pihak SFV mensasarkan semua peserta program usahawantani di SFV mempunyai sijil MyGap dalam setiap tanaman yang dijalankan bagi memastikan kualiti hasil yang dikeluarkan adalah pada tahap optimum.