Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

51) PEMBINAAN JALAN BARU DI ANTARA CHERAS HARTAMAS DAN TAMAN SEGAR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Soalan sama pada Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022, tetapi belum menerima jawapan.

    Sub-soalan telah di tolak.

  2. Apakah status kepada pemohonan peruntukan bawah Kerajaan Negeri untuk membina jalan di antara Cheras Hartamas dan Taman Segar oleh MPAJ?

    Cadangan sambungan jalan dari Jalan Utama Cheras Hartamas (MPAJ) ke Jalan Persiaran Lemak (DBKL) adalah melalui kawasan lapang yang telah diwartakan oleh MPAJ ke sambungan rezab jalan kawasan DBKL di Jalan Persiaran Lemak. Sambungan jalan yang dicadangkan adalah rezab 50 kaki dan hanya melibatkan pembinaan jalan sahaja. Pihak DBKL telah mengemukakan surat tiada halangan terhadap sambungan jalan tersebut dengan syarat kawasan DBKL perlu dibangunkan terlebih dahulu oleh pemaju berhampiran dan tidak melibatkan tanah persendirian. Surat permohonan peruntukan berjumlah RM500,000.00 telah dikemukakan kepada Exco Infrastruktur dan Pertanian, YB Ir. Izham bin Hashim pada 15 April 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.