Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
49) PENGLIBATAN 30% WANITA SEBAGAI AHLI MAJLIS PBT
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri memenuhi peruntukan sekurang-kurangnya 30% untuk diisi oleh Majlis PBT dalam kalangan wanita?
Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1/2021 – Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor yang berkuat kuasa 1 September 2021.
Berdasarkan pekeliling tersebut antara kriteria utama pemilihan Ahli Majlis adalah dengan melantik 30% daripada keseluruhan jumlah Ahli Majlis yang dilantik hendaklah dikalangan wanita. Walau bagaimanapun bilangan Ahli Majlis di kalangan wanita adalah bergantung kepada pencalonan yang dikemukakan berdasarkan kriteria yang ditetapkan tanpa mengira sama ada calon lelaki atau wanita. Kerajaan Negeri akan terus komited dalam memastikan dasar ini dapat dicapai dari masa ke semasa.