Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
46) PROJEK PEMBESARAN KAMPUNG MELAYU RASA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Status terkini Projek Pembesaran Kg Melayu Rasa yang terbengkalai sejak tahun 2000 termasuk jumlah pembeli yang mempunyai geran tanah dan kerja-kerja infrastruktur.
Untuk makluman Y.B. Puan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 21/2022 melalui kertas ringkasan No. 24/21/2022 telah menimbang dan meluluskan Cadangan Penyelesaian Projek Pembesaran Kampung Melayu Rasa. Antara perkara yang dipertimbangkan kelulusan adalah seperti berikut:
- Kelulusan pelupusan secara pemberimilikan tanah Kerajaan kepada 71 orang pemohon bagi tujuan bangunan kediaman dan bangunan perniagaan;
- Kelulusan penyusunan semula kawasan Projek Pembesaran Kampung Melayu Rasa untuk keseluruhan 102 plot [termasuk 31 plot yang telah diberimilik dan 71 plot yang telah diluluskan pemberimilikan seperti di perkara (i)merangkumi bangunan kediaman dan bangunan perniagaaan; dan
- Penyediaan infrastruktur asas diuruskan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor (LPHS).
Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor sedang dalam tindakan penyediaan surat kelulusan dan notis Borang 5A kepada pemohon- pemohon dan pendaftaran hakmilik akan diproses kelak sejurus bayaran Borang 5A dijelaskan.
Manakala berkenaan penyediaan infrastruktur asas, Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor (LPHS) sedang mengenalpasti pihak yang berminat dan berkemampuan untuk penyediaan infrastruktur asas di kawasan ini.
-
Adakah kawasan seluas 32,391 ekar merupakan hakmilik individu? Jika tidak, nyatakan keluasan tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri.
Untuk makluman Y.B. Puan, selepas penyusunan semula kawasan Projek Pembesaran Kampung Melayu Rasa, terdapat baki tanah Kerajaan seluas 10.01 ekar. Tanah ini telah diluluskan secara dasar selaras keputusan Majlis Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 21/2022 melalui kertas ringkasan MMK. No. 24/21/2022 untuk diberimilik kepada pihak yang menyediakan infrastruktur asas di kawasan Projek Pembesaran Kampung Melayu Rasa tersebut.