Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

44) CAPAIAN INTERNET DI SELURUH MUKIM TANJUNG DUA BELAS 2 (BANTING) DAN PULAU MERANTI

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat rancangan bagi membangunkan infrastruktur lebih banyak bagi meningkatkan serta membaiki capaian internet di kawasan ini?

    Menerusi pelan JENDELA, penambahbaikan infrastruktur digital yang dilaksanakan secara berfasa akan memberikan pengalaman yang sama rata di kawasan bandar dan di luar bandar. Sehingga suku ketiga 2022 bagi Parlimen Sepang yang merangkumi mukim Tanjung Dua Belas 2 (Banting) dan Pulau Meranti telah mencatatkan sebanyak 99.52% liputan 4G di kawasan berpenduduk.

    Sehingga 31 Disember 2022, status Perancangan Projek JENDELA Fasa 1 2020 -2022, terdapat 49 buah menara baru telah siap beroperasi di DUN Dengkil (Mukim Tanjung Dua Belas 2 (Banting) dan Pulau Meranti) dan sebanyak 416 tapak telah pun siap dinaiktaraf.

    Pelaksanaan JENDELA ini akan terus digiatkan melalui inisiatif JENDELA Fasa 2 bagi memastikan impak pelaksanaannya dapat dinikmati oleh rakyat secara berterusan.

    Melalui Digital Nasional Berhad (DNB), kerja-kerja perancangan dan integrasi 5G telah pun dimulakan di daerah Sepang. Sehingga 22 Februari 2023, terdapat 218 tapak  telah diperuntukkan bagi pembangunan rangkaian 5G bagi di daerah Sepang. Sebanyak 123 tapak telah boleh menikmati capaian rangkaian perkhidmatan 5G dan berbaki 95 tapak di dalam proses integrasi rangkaian dan perancangan. Dengan pelaksanaan pembangunan rangkaian 5G ini sekaligus ianya akan membantu mempertingkatkan capaian internet di kawasan tersebut.

    Kerajaan Negeri juga mendapati terdapat 38 kawasan di dalam Negeri Selangor yang berada di dalam lingkungan blind spot iaitu kurang atau tidak mendapat capaian internet yang memuaskan. Jumlah kawasan mengikut daerah adalah seperti berikut:

    Oleh yang demikian, satu inisiatif akan dilaksanakan bagi meningkatkan servis kualiti (quality of service) capaian internet untuk mengatasi masalah blind spot tersebut.  Inisiatif ini akan dijalankan melalui kerjasama oleh pihak SKMM, SMARTSEL dan syarikat telekomunikasi.

    Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui SMARTSEL Sdn Bhd (Anak syarikat Menteri Besar Pemerbadanan) sedang giat menjalankan projek pembangunan rangkaian internet untuk Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Jabatan Perancang Bandar Desa (JPBD). Projek ini dijalankan melalui kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih bagi lokasi sasaran naik taraf infrastruktur fiber dan membekalkan kemudahan internet berkelajuan tinggi di perpustakaan desa, balai raya dan pusat komuniti yang sekaligus membantu mempertingkatkan sosioekonomi setempat.

    KNS menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1), sedang melaksanakan beberapa inisiatif seperti Sabak Bernam Development Area (SABDA) dan Jalur Lebar Industri (JALIN) yang akan membantu perkembangan teknologi dan keperluan internet berkelajuan tinggi yang diperlukan dikawasan luar bandar.

Lampiran

Tiada Lampiran.