Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
39) NAIK TARAF SIMPANG JALAN TELUK PIAH KANAN KUALA SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kemalangan yang dicatatkan di simpang ini?
Statistik Kemalangan Jalan Raya di Jalan Teluk Piah Kanan Daerah Kuala Selangor bagi tahun 2018 hingga 2022:-
-
Bilakah naik taraf Jalan Teluk Piah Kanan di Kuala Selangor akan dilaksanakan?
Kerja-kerja rekabentuk dan penyediaan Dokumen Tender bagi Projek Menaiktaraf Jalan di Simpang Empat Persimpangan Jalan Keretapi Lama / Jalan Teluk Piah Kanan / Jalan Rawang (B27), Kuala Selangor dijangka bermula pada Januari 2024 dengan melantik pihak perunding dan jangkaan untuk kerja-kerja pembinaan bermula adalah pada Januari 2025 dengan tempoh pembinaan selama 3 tahun.
-
Berapakah peruntukan yang diperlukan bagi proses naik taraf ini?
Kos yang dianggarkan bagi Projek Menaiktaraf Jalan di Simpang Empat Persimpangan Jalan Keretapi Lama / Jalan Teluk Piah Kanan / Jalan Rawang (B27) Kuala Selangor adalah sebanyak RM14,400,000.00.