Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

30) PROGRAM PEMERKASAAN KHUSUS PAKAH KEPADA ANAK MUDA BERKAITAN POLITIK, KENEGARAAN DAN INTEGRITI

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan berhasrat memperkenalkan program pemerkasaan khusus pakah kepada anak muda berkaitan politik, kenegaraan dan integriti melalui Penggerak Belia Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui Standco Generasi Muda memandang tinggi peranan belia dalam menyumbang kemajuan daripada pelbagai aspek di Negeri Selangor. Merujuk dapatan Indeks Belia Malaysia dari tahun 2008 sehingga 2020, data menunjukkan bahawa belia di Malaysia termasuk di Negeri Selangor adalah sangat kurang memahami, mengikuti dan membincangkan kepentingan politik, demokrasi dan kepimpinan dalam kehidupan seharian.

    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah menyediakan Dasar Belia Selangor 2020 sebagai panduan kepada Penggerak Belia Selangor (PeBS) untuk merancang dan melaksanakan program.

    Pada tahun ini, Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan Kongres Belia Selangor yang akan menjadi platform kepada pemegang taruh belia dalam pembangunan belia dan seterusnya mewujudkan ekosistem menyokong ke arah belia Selangor yang celik politik, kenegaraan, integriti dan kepimpinan.

     

    Selain daripada itu, Penggerak Belia Selangor juga akan diwajibkan untuk menyertai kursus yang akan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri seperti Kursus Pemantapan Jati Diri Sukarelawan Selangor dan Kursus Pengukuhan Kepimpinan Komuniti di setiap kawasan Dewan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.